03 December 2023

"LELAKI INI (TIKO) MENGHADIRKAN SEMULA SENYUMANKU... AKU KINI TAK BERASA SEDIH LAGI" - BCL



Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra disapa BCL, telah berkongsi rakaman video iaitu pra perkahwinan dan pernikahannya di laman Instagram (IG) miliknya yang kini menggunakan nama baru @itsmebcl.
Pada 2 Disember lalu iaitu semalam, BCL, 40, telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya juga seorang ahli perniagaan Tiko Aryawardhana, 43, di Bali, Indonesia.

Dalam hantaran itu, BCL meluahkan bertapa kehadiran lelaki mesra disapa Tiko itu bagaikan memberi sinar buatnya.

Klik untuk gambar besar
Selepas pemergian suami yang juga selebriti kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada Februari 2020 akibat serangan jantung, BCL terpaksa menempuhi pelbagai rintangan.

"Lelaki ini (Tiko) menghadirkan semula senyumanku. Melihat ke belakang, aku bertanya apakah bahagia itu akan ada?

"Hari demi hari berlalu, sedikit demi sedikit aku beradaptasi dengan kesedaran kalau sakit ini tidak akan pergi dan terus ada di situ.
"Pada sebuah waktu, hadir lelaki ini yang sering menggalas kesakitan di bahunya. Aku kini tak berasa sedih lagi, canda tawa kembali hadir dan aku mula terasa yang aku layak untuk gembira.

"Kamu adalah sahabat baik ku, lampu yang menerangi kegelapanku, cinta hatiku. Terima kasih kerana membenarkan aku menjadi diriku dan mencintai kesakitanku dan melengkapiku," katanya menerusi video berkenaan.

Melihat pada video perkahwinan tersebut, BCL dan Tiko yang menggayakan persalinan pengantin jawa itu selamat bernikah di sebuah resort terkemuka dekat Bali.
Mereka juga dilihat memohon restu daripada ibu dan bapa Allahyarham Ashraf iaitu Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman.

Turut menghadiri majlis tertutup yang penuh makna itu, adik Ashraf iaitu Aishah Sinclair, rakan artis antaranya Luna Maya dan Maia Estianty dan pasangannya, Irwan Mussr.

Untuk makluman, BCL dan arwah Ashraf bernikah pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 13.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: