04 December 2023

KALAHKAN PASANGAN PENYANYI LAIN - PELAWAK ZERO MUNCUL JUARA DUO FAMILY MUSIM KE-3



Tidak ada yang mustahil di dunia ini apabila kumpulan pelawak iaitu Zero muncul sebagai juara program Famili Duo musim ketiga, sekaligus mengalahkan dua peserta lain yang merupakan pasangan penyanyi.
Hasil kemenangan itu, Zero yang merupakan kumpulan adik-beradik iaitu Sharif dan Syaiful telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.

Dalam saingan peringkat akhir itu, Sharif dan Syaiful membawa lagu 'Kong Kali Kong' nyanyian asal Namie dan Floor88 pada pusingan pertama.

Manakala pusingan kedua pula yang membawa tema bebas, adik-beradik itu menyampaikan lagu medley 'Lemak Manis' (Roslan Madun), 'Umpan Jinak' Di Air Tenang (Ahmad Jais) dan Joget 'Angan Tak Sudah' (Jay Jay).

Klik untuk gambar besar
Kemenangan Zero itu selepas memperoleh markah keseluruhan sebanyak 81 peratus, sekaligus menewaskan duo Haqiem Rusli danAriff Bahran serta Adira dan Emma Suhaimi.

Menerusi komen juri tetap, Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai Mummy dan Ajai, mereka menyifatkan Sharif dan Syaiful sebagai artis yang bijak.

Jelas Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 48, meskipun mereka mempunyai kekurangan, namun pemilihan lagu membuatkan kelemahan mereka berjaya ditutupi.
"Kamu ini pada saya artis yang bijak. Bijaknya memilih lagu sebab pergi kepada kemampuan. Tak membodohkan diri, tak malukan diri. Itu penting setiap persembahan.

"Saya tidak perlukan penyanyi dahsyat, tinggi. Saya nak yang sedap mendengar. Ikut kemampuan. Percaturan, prop yang digunakan," katanya.

Selain itu, Mas Idayu berkata, dia amat berpuas hati dengan persembahan yang disampaikan kumpulan Zero itu, selain turut memuji kedua-dua adik beradik tersebut kerana dikatakan mempunyai peningkatan yang sangat tinggi.

"Mummy dapat satu kepuasan dan dapat tengok peningkatan yang sangat tinggi dalam nyanyian," ujarnya dalam Famili Duo 3 yang dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: