04 December 2023

KALI KEDUA - ADIRA SUHAIMI FAILKAN CERAI TERHADAP DATUK RED



Pada 25 Oktober lalu, penyanyi Adira Suhaimi telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang.
Tiada angin tiada ribut, Adira menfailkan permohonan kali kedua selepas memfailkan perceraian pada 1 April 2019, namun ditarik semula

Ketika hadir di mahkamah bagi sebutan kedua, pagi tadi, Adira hadir bersama kakaknya, Emma Suhaimi sebagai Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bagaimanapun, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu datang seorang diri tanpa bersama wakil bagi proses tersebut.

Tindakan Adnan yang sengaja melambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera telah menerima teguran daripada Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.

Kes tersebut ditangguhkan pada 18 Disember ini bagi membolehlan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: