04 December 2023

SYUKUR KELUARGA SELAMAT - ROY AZMAN KONGSI KEJADIAN KERETA DIPANDUYA TERBAK@R



"Salam semua, Alhamdulillah saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur. Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan."
Itulah kata pelakon Roy Azman, 53, yang meluahkan rasa syukur apabila dia bersama isteri dan anak bongsunya terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbakar sehingga ia rentung dan musnah 100 peratus, ketika melalui sebuah lebuh raya, dipercayai berlaku malam semalam.

Roy berkongsi kejadian tersebut dengan memuat naik video dan gambar keretanya yang sedang terbakar di Instagram dan Facebook kira-kira jam 7.30 pagi, hari ini.

Bagaimanapun, Roy tidak memaklumkan waktu kejadian dan lokasi kejadian, selain memberitahu mereka sekeluarga selamat.

Klik untuk gambar besar
Turut kelihatan di tempat kejadian ialah anggota bomba yang melakukan kerja-kerja pemadaman.

Dalam pada itu, Roy atau nama sebenarnya, Zairosminan Abdul Rahman, menyifatkan pengalaman ngeri dilaluinya bersama isteri dan anak bongsu itu adalah rezeki daripada Allah.

Jelas pelakon itu lagi, dia dan keluarga amat bersyukur diselamatkan oleh Allah daripada kejadian itu, selain berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan mendoakan mereka.

Menerusi video yang dikongsikan, Roy yang menceritakan detik cemas itu dalam video dimuat naik di Instagram, Roy berkata, kereta jenis Peugeot RCZ itu baru diambil dari bengkel di Ampang petang semalam selepas siap melakukan 'overhaul'.
"Kereta itu saya hantar 'overhaul' di Ampang dan petang semalam, saya dah ambil (kereta) sebab dah siap 'overhaul'.

"Kami (bersama isteri dan anak) kemudian pergi keluar makan dengan kawan-kawan di Puncak Alam dan balik dalam jam 11 lebih (malam). Ketika dalam perjalanan ada pemandu lain membunyikan hon beritahu kereta kami sudah mula terbakar.

"Tapi, mulanya tak nampak pun ada api bawah itu dan di belakang kerana kita tengah memandu dan kereta pun bergerak. Apabila pemandu lain hon dan tersedar ada kebakaran, nak berhenti tepi, brek pula 'kosong' (tak berfungsi). Nasib baik brek tangan masih berfungsi.

"Kereta menjajar sedikit, tapi dapat berhenti dan nasib baik tak langgar 'divider':(penghadang jalan). Kalau langgar 'divider'', terpelanting ke, terbalik, memang tak tau nak cakap apa sebab api pun tengah kuat," kongsi Roy.
Tambah Roy lagi, api marak dengan begitu pantas, namun dia dan isterinya pantas menyelamatkan anak bongsu mereka untuk dibawa keluar dari kereta.

"Masa berhenti itu pun, api terus merebak besar. Kami keluar kereta, ambil anak dan isteri saya pun kelam-kabut, tapi syukur dapat selamatkan anak bongsu. Kami juga berjaya lari selamatkan diri.

"Memang rezekilah, Allah selamatkan kami daripada perkara tidak diingini. Tapi, syukur sangat-sangat dan itulah kejadiannya," ujarnya yang mengakui ramai menghubungi untuk bertanya keadaan sebenar, termasuk media.

Menurut pelakon Maria Mariana itu, bagi memudahkan semua pihak dan dirinya untuk menceritakan perkara yang sama, dia membuat keputusan memuatnaik video penjelasan di platform media sosial.
"Pada semua yang mendoakan terima kasih banyak dan ramai sangat yang telefon saya sejak pagi tadi sampai tak boleh nak angkat. Semua urusan kereta, termasuk laporan polis selesai dibuat pada jam 6 pagi.

"Ini pun saya tak tidur lagi dan sekarang ada di lokasi penggambaran dan nak sambung semula," katanya.

Sebelum ini, Roy berkongsi kejadian itu dengan memuatnaik video dan gambar keretanya sedang terbakar, dimana ia rentung dan musnah 100 peratus di Instagram dan Facebook kira-kira jam 7.30 pagi, hari ini.

Roy yang merupakan bapa kepada lima anak itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kumpulan Princess, Rafidah Mohd Razali pada 2006.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: