04 December 2023

BERDEPAN TEK@NAN DALAM KEHIDUPAN SEHINGGA KESIHATAN TERG@NGGU - KINI HASNOL KENA T1PU PULA ISU RUMAH PPR



Baru-baru ini, penyanyi Hasnol, 53, memaklumkan, dirinya telah berdepan tek@nan dalam kehidupan sehingga kesihatannya terg@nggu.
Bukan itu sahaja, Hasnol berkata, dia kini berdepan ujian lagi apabila dit1pu individu berkaitan permohonan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Bak kata perpatah, sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah ibaratnya situasi yang dilalui Hasnol atau nama penuhnya, Hasnol Hassan Ariff.

"Sekitar tiga bulan lalu, saya disarankan untuk mengambil satu unit rumah PPR DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Disebabkan yang menyarankan ialah seorang kawan, maka saya teruskan niat untuk mendaftar.

"Saya serahkan salinan MyKad kepada kawan ini dan dia lakukan semua urusan pendaftaran untuk saya. Lebih kurang seminggu selepas pendaftaran, saya diberitahu penyampaian kunci akan diadakan di Tasik Titiwangsa pada 20 November lalu, kemudian diberitahu ditunda pada 27 November pula.

"Pada 26 November (Ahad), saya diberitahu ia ditunda lagi dan buat saya rasa curiga. Pagi Isnin itu, saya cuba hubungi pihak pengurusan Tasik Titiwangsa untuk dapatkan kepastian berkenaan hari penyampaian kunci itu, dan diberitahu pihak mereka memang tiada perancangan untuk penyerahan kunci pada tarikh yang disebut itu," katanya.

Tambah Hasnol, dia tiba-tiba menerima mesej dan panggilan daripada individu yang memintanya membuat pendaftaran semula untuk bulan Disember.

"Dari situ, saya dah tahu, ini pasti sc@m dan nekad tak mahu tert1pu lagi. Saya juga nak ingatkan kepada semua jangan keluarkan duit sewenang-wenangnya selagi tak ada hitam putih atau perjanjian yang sah," ujarnya yang tidak mendedahkan berapa kerugi@n dialaminya.

Hasnol dalam masa sama juga memberitahu, dia sering terkena sakit p£lik dan membuat keputusan berjumpa seorang ustaz untuk membuat rawatan Islam.

"Agak terkejut apabila diberitahu saya terkena sihir pemisah kerana ada orang yang tak mahu tengok saya bahagia dan berjaya. Semasa berubat, ustaz itu yang munt@h, manakala saya cuma rasa mu@l tapi tak munt@h.

"Sebelumnya, ustaz beri saya minum air Zam-Zam. Rasanya saya dah dapat jawapan kenapa hidup saya makin tumbang, tapi saya tetap positifkan minda dan hati.

"Biasalah dalam kita berkawan, berkeluarga, kita tak tahu siapa yang membenci kita hingga sanggup buat benda-benda khur@fat ini.

"Saya tetap yakin dengan qada dan qadar. Insya-Allah saya tak mati semangat, cuma lelah dengan apa yang terjadi," tuturnya yang menganggap dia mungkin melalui proses penyuc1an d0sa-d0sa lamp@u.

Penyanyi itu yang popular dengan lagu 'Lagu Ku Untukmu' itu kini bekerja di syarikat menjual dan mengimport kenderaan baru dan terpakai dari Jepun, United Kingdom dan China.

Untuk makluman, Hasnol kini bersendirian selepas bercerai dengan bekas isteri, Marina Mohin pada Oktober 2022.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Akhmarzuraikha Salleh, dia dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 28; Hilman, 25; dan Hanna Aeesya, 19.

Manakala menerusi perkahwinan kedua dengan Marina, dia mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berusia 12 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: