05 December 2023

SEBAR VIDEO PERSEMBAHAN 'BUSKING' LAGU 'LA BAMBA' - AZHARINA ENGGAN BERKOMPR0MI, TAK TERAGAK-AGAK UNTUK SAM@N



Nama penyanyi Azharina Azhar baru-baru ini tular selepas muncul sebuah video dia menyanyikan lagu 'La Bamba' milik Los Lobos secara 'busking' di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu negara.
Video berkenaan menjadi tular apabila ada pihak mendakwa Azharina yang merupakan peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) itu menipu ketua juri program terbabit, Datuk Ramli MS kerana menyatakan tidak pernah menyanyikan lagu itu dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

Berhubung dakwaan tersebut, Azharina berkata, dia tidak teragak-agak mengambil tind@kan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan video persembahan 'busking' lagu 'La BamBa' untuk terus memburvkkan namanya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Azharina menjelaskan, dia yang sudah berbincang dengan dua peguamnya sebelum ini, enggan berkompr0mi dengan pihak yang mempunyai agenda untuk mencal@rkan imejnya sebagai penyanyi.

"Walaupun tidak menyebut nama saya, tetapi tahu perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story itu. Kalau dia teruskan perkara ini, saya tidak akan berkompr0mi untuk mengambil tindakan seterusnya.

"Saya tanya pendapat peguam mengenai hal ini. Semua bukti-bukti sudah saya kumpul termasuk komen-komen netizen," jelas Azharina selepas konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10), semalam.
Tambah Azharina lagi, dia tidak berniat menipu Ramli MS mengenai isu pernah menyanyikan lagu 'La Bamba'. Menurutnya, dia langsung tidak mengingati persembahan 'busking' itu.

"Kalau anda berada di posisi saya, disoal bertubi-tubi, bolehkah ingat semula memori itu? Pasti tidak. Saya memang tidak ingat perkara itu pernah berlaku.
"Saya disoal adakah pernah nyanyi lagu 'La Bamba' di majlis makan malam. Jawapannya memang tidak pernah. Jujur saya beritahu, memang tidak boleh ingat, persembahan pula secara spontan.

"Nyanyian pun huru-hara, di tepi jalan pula. Persembahan 'busking' itu berlaku kira-kira tujuh tahun lalu di ibu negara dan diminta untuk menyanyi lagu 'La Bamba' secara spontan dan hasilnya memang tungg@ng-langg@ng.

"Bolehkah anda ingat apabila sudah melakukan banyak persembahan ditambah pula perlu menelan ub@t sebanyak 32 biji sehari," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: