05 December 2023

SAYANG BCL & ANAKNYA, SERTA TERIMA KELUARGA SINCLAIR - AISHAH SIFATKAN TIKO LELAKI YANG TEPAT BUAT KAKAK IPARNYA



"Doa saya kepada BCL ialah berharap menemui cinta dan kebahagiaan semula. Namun harapan itu bukan sahaja menyayangi BCL dan menjadi ayah yang baik kepada Noah tetapi menerima kami iaitu keluarga Sinclair sebagai sebahagian daripada hidup BCL.
"Tiko adalah orangnya. Sejak hari pertama kita bertemu, anda menunjukkan betapa hebatnya diri anda. Saya gembira dengan kehadiran anda dalam keluarga kami."

Itulah tulis adik kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Aisyah Sinclair di Instagram, dimana dia meluahkan rasa syukur kakak iparnya, penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL, bertemu dengan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik

Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian tersebut, Aishah yang merupakan seorang penyampai radio itu berkata, dia sentiasa mendoakan agar BCL menemui cinta serta kebahagiaan kembali, selain turut berharap penyanyi itu dikurniakan lelaki yang menerima keluarga Sinclair dalam hidup kakak iparnya ini.

Dalam pada itu, ujar Aishah, kehadiran Tiko adalah perkara yang tepat serta berterima kasih buat lelaki itu kerana menyayangi BCL dan anaknya, Noah Aidan, 13, termasuk keluarga Sinclair.

Pada 2 Disember lalu, BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dengan Tiko Aryawardhana yang merupakan duda kepada tiga cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: