03 December 2023

UCAP SELAMAT HARI LAHIR - NOH SALLEH DEDAH WAJAH MUSA



Baru-baru ini, penyanyi Noh Salleh telah memuat naik hantaran menerusi Instagram (IG), dimana dia menitip ucapan selamat hari lahir buat anak angkat kesayangannya iaitu Musa.
Dalam hantaran tersebut, Noh atau nama penuhnya, Mohamad Noh Salleh, 38, turut berkongsi foto dirinya sedang mendukung Musa.

Apa yang lebih menarik, Noh telah mendedahkan wajah anak angkatnya itu kepada umum tanpa ditutup dengan emoji seperti sebelum ini.

Selain itu, vokalis kumpulan Hujan itu turut meluahkan kerinduan terhadap Musa yang kini mencecah usia 2 tahun.

"Selamat hari jadi kedua tahun, Musa Mohammad Noh. Rindu betul bapak dengan kitak. Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakit menahan rindu mahu berjumpa.

"Semoga Allah SWT satukan kita suatu hari nanti. Jadi, awak akan dapat layanan seorang ayah betul-betul," tulisnya.

Perkongsian Noh itu mendapat maklum balas positif pengikutnya di IG, dimana rata-ratanya meninggalkan ucapan selamat hari jadi buat Musa, selain memuji wajahnya yang comel di ruangan komen.

Untuk makluman, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, sebelum bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata, namun, mereka mengambil seorang anak angkat lelaki iaitu Musa.

Pada 23 September lalu, Noh telah berkahwin buat kali kedua dengan Fatin Athira Mustapa yang juga seorang peguam dalam satu majlis tertutup di Puchong, Selangor.

Manakala Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 40, pula, dia pun sudah berkahwin lagi dengan penyanyi rap Amerika Syarikat dikenali sebagai Essam Muhammad sekitar Jun 2023.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: