12 December 2023

"KALAU TAK DAPAT DUA, SATU PUN JADI LAH..." - NABILA HUDA KATA KENAPA SUSAH SANGAT NAK TAMBAH ANAK



"Setiap kali orang kasi cake untuk birthday, wish saya "nak anak!!"... Semoga saya dipanjangkan usia untuk merasa at least 2 orang anak lagi la... Kalau tak dapat 2, 1 pun jadi lah...😍
"I want more kids! Kenapa susah sangat ekkk😭," tulis pelakon Nabila Huda yang memberitahu, dia tidak pernah putus harapan untuk menambah cahaya mata, meskipun usianya bakal mencecah 40 tahun.

Nabila yang berkongsi hal tersebut menerusi perkongsian di aplikasi X itu berkata, dia berharap umurnya dipanjangkan agar dapat merasa nikmat kehamilan dan dikurniakan lagi cahaya mata.

Klik untuk gambar besar
Jelas Nabila, dia tidak berhenti berdoa dan setiap ulang tahun kelahirannya, dia akan meminta agar dikurniakan lagi cahaya mata.

Dalam pada itu, Nabila yang juga berazam untuk makan lebih buah-buahan dan sayuran itu mengimpikan untuk miliki sekurang-kurangnya dua lagi cahaya mata, namun jika satu pun dia sudah bersyukur.
Untuk maklukan, Nabila yang mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 2015 itu pernah hamil sebanyak dua kali, namun mengalami keguguran iaitu pada April 2019 dan Oktober 2020.

Sebelum berkahwin dengan Izwan, Nabila mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun, menerusi perkahwinan terdahulu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: