12 December 2023

HADIAHKAN RM200,000 UNTUK ANAK-ANAK - JACLYN VICTOR ULAS ISU KEMENANGAN DIP£RTIKAI



"Harap peminat boleh bertenang, bukan saya yang berikan markah... Jujur saya cakap, ketika saya berdiri di atas pentas, saya cuma berserah.
"Saya tak fikirkan pasal kejuaraan kerana saya tidak mahu letak tekanan pada diri saya kerana kalau saya tertekan, orang boleh nampak daripada reaksi wajah saya. Jadi saya cuma nak buat yang terbaik dan dah fikir, siapa sahaja yang menang saya akan tumpang gembira."

Demikian ujar penyanyi Jaclyn Victor yang tidak melatah, biarpun kemenangannya menerusi program All Stars Gegar Vaganza pada Ahad menimbulkan p£rtikaian ramai netizen melalui media sosial.

Klik untuk gambar besar
Berhubung p£rtikaian itu, Jaclyn atau mesra disapa Jac berkata, bukan dia yang memberi markah, sebaliknya persembahan peserta dinilai oleh juri profesional terdiri daripada Maestro Muzik, Datuk Ramli MS selaku Ketua Juri bersama, Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Ella.

Tahun 2022 dan 2023 sememangnya tahun yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata itu kerana bukan saja bergelar juara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tetapi Juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV @ GV10).
Tahun sebelum ini, Jac atau nama sebenarnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 45, telah membawa pulang RM100,000, manakala bagi tahun ini pula, penyanyi itu juga membolot RM210,000 selepas menewaskan tujuh peserta lain pada Ahad lalu.

Ditanya mengenai perancangannya selepas bergelar juara, Jac memberitahu, dia memanfaatkan wang kemenangannya itu untuk masa depan dua cahaya matanya iaitu Jonah Joshiah Rivera, 8, dan Molly Marguerite Rivera, 6 tahun.
Kata Jac lagi, wang kemenangan tahun lalu juga tidak dibelanjakan langsung olehnya, sebaliknya memasukkan wang tersebut ke akaun bank anak-anaknya.

"Sama seperti di GV9, saya akan masukkan duit kemenangan ini ke akaun anak-anak saya. Saya tak belanja langsung duit kemenangan yang lepas. Semua ke akuan mereka.
"Sebagai penyanyi, kadang kala kehidupan kita kais pagi, makan pagi. Kita tiada pendapatan tetap setiap bulan. Anak-anak saya masih muda, jadi saya kena buat persediaan awal.

"Kita semua tahu betapa kerasnya kita bekerja selama 12 minggu ini. Saya sudah berjanji kepada diri sendiri dan tanpa berfikir panjang, ini semua buat mereka," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: