12 December 2023

TUKAR MAKSUD OAG - KINI KEARAH KEPADA LAGU KEROHANIAN



Penyanyi Radhi OAG, 46, memaklumkan nama kumpulannya itu telah ditukarkan maksudnya kepada 'Only Allah Great'.
Dalam pada itu, Radhi atau nama penuhnya, Muhammad Radhi Razali berkata, OAG akan terarah kepada lagu kerohanian selepas ini.

Tambahnya lagi, OAG perlu anjakan dan menerusi lagu baharunya 'Soullawatt', ia bakal menjadi titik mula era hala tuju kumpulan terbabit.

"Bukankah kita semua begitu, semua nak perkara itu kan? Jadi, Alhamdulillah bila Allah bagi saya pilihan itu, walaupun makan masa 30 tahun. Satu perkara yang besarlah.

"Yalah, dulu kan saya meloncat-loncat, tiba-tiba ke arah ini. Tapi saya kena terima dan redalah. Dengan adanya Only Allah Great dan 'Soullawatt' ini, menandakan era pengakhiran OAG dulu.

"Maksud saya tak tahu nak tukar nama apa lagi. Dulu Old Automatic Garbage kemudian Old Asia Genius," ujar Radhi yang turut memberitahu, karya OAG selepas ini akan menjurus kepada memberi manfaat buat halwa telinga pendengar.

Meskipun hampir pernah ingin tinggalkan muzik, Radhi meluahkan rasa syukur apabila bertemu hala tuju itu.

"Kalau orang tanya, saya akan cakap jenis genre yang dibawa adalah muzik dan zikir. Sebab bagi saya muzik tak salah, yang salah cara kita membawanya, yang bawa mudarat.

"Alhamdulillah Allah beri saya kelebihan sedikit untuk manfaatkan masa yang ada sekarang manfaatkan muzik. Untuk pengetahuan ramai, saya sudah banyak kali sudah mahu tinggalkan muzik," katanya.

Selain itu, pada tahun depan, Radhi juga berhajat ingin keluarkan album penuh. Menurutnya, pembikinan itu akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.

"Material sudah ada. Tahun depan akan mula rakam. Kami akan keluarkan beberapa EP kemudian lancarkan album penuh. Insya Allah boleh siap tahun depan juga," tuturnya.

Selain Radhi sebagai penyanyi dan pemain bass, sekarang OAG juga dianggotai Din (gitar dan vokal), dan Ringgo (dram dan vokal).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: