07 December 2023

"KAMI ADA MASALAH LAIN" - LINDA HASHIM KATA BEEGO TAK PERNAH MENDUAKANNYA



"Dia tak pernah menduakan saya. Kami ada masalah lain dan tak boleh kongsi sebab terlalu berat untuk dikongsikan.
"Beego tak pernah buat saya seperti ini. Tapi kalau benda itu (berkahwin dua) jadi, saya tak boleh nak buat apa sebab ia tidak dilarang dalam Islam.

"Dia boleh buat sekiranya mampu. Kalau saya nak berperang pun tapi kalau dia mampu, untuk apa? Bukan tempat saya untuk berperang, kalau benda lain yang tak sepatutnya, kita boleh berperang.

"Pasal ini saya tak boleh komen lebih," kata pelakon Linda Hashim yang menjelaskan, suaminya, pelakon Beego tidak pernah menduakanya sejak mereka mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun yang lalu.

Umum mengetahui, pasangan selebriti ini sudah kembali rujuk semula pada 9 April lalu dalam tempoh edah selepas bercerai pada 27 Mac yang lalu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu dimana suami berkahwin dua yang ketika ini hangat dibahaskan, Linda berkata, jika situasi itu berlaku dia tidak berbuat apa-apa kerana ia tidak dilarang dalam Islam.

Sementara itu, Linda enggan mengulas lanjut mengenai keluarganya, namun cukup sekadar mereka diluar sana mengetahui hubungan mereka sudah baik serta meminta mendoakan yang baik buat rumah tangganya.

"Setakat yang semua tahu, kami sudah kembali bersama. Itu saja yang saya boleh kongsi. Sudah tiada apa yang saya perlu kongsi mengenai keluarga saya.

"Waktu kami mahu berpisah itu pun tiada siapa tahu, sebab memang saya tidak bercerita dan bukan tempat saya untuk bercerita pada semua.

"Orang tahu pun secara tidak sengaja. Itu pun orang dapat hidu selepas kami sudah rujuk semula. Waktu itu saja saya bercerita mengenai rumah tangga dan sampai itu saja. Alhamdulillah kami baik, doakan.

"Tapi saya akui memang ada berbeza sikit keadaan sekarang berbanding sebelum ini, mungkin sebelum ini kami kurang komunikasi dan kami sudah perbaiki," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: