07 December 2023

SITI NORDIANA MAHU FOKUS PENTAS AKHIR GV10 - LAN SOLO & SYURA DILABEL T0KSIK DEK KONGSI VIDEO BERGELAK SAK@N



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias, 39, dimana dia bersetuju menyelesaikan secara baik kes sam@n fitn@h sebanyak RM2.5 juta terhadap lima sekawan apabila mereka saling bermaaf- maafan, selepas dua tahun naik turun mahkamah.
Perbicaraan kes tersebut tidak diteruskan selepas perbincangan antara penyanyi itu dan lima defendan untuk menyelesaikan secara baik.

Namun baru-baru ini, penyanyi Lan Solo, 38, ada memuat naik satu video, dimana dia dilihat bergelak ketawa bersama isterinya iaitu Nur Sheila Hassim, 38, dan penyanyi Syura Badron, 37, di mahkamah menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Lan berselor0h seolah beng@ng kerana Syura boleh ada disitu pada hari ulang tahun perkahwinannya dengan isteri.

Klik untuk gambar besar
Tindakan Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, itu telah membuatkan isterinya terhibur dengan lawaknya itu serta kagum Lan tidak seperti lelaki lain yang selalu lupa tarikh ulang tahun perkahwinan mereka.

Bukan itu sahaja, Syura atau nama penuhnya, Syura Zuraidah Badron, turut menambah bahawa dia akan terus mengh@ntui hidup Lan.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa k£sal serta hilang hormat dengan video yang dikongsikan.
Dalam pada itu, ada juga netizen mengatakan, mereka sepatutnya bersyukur apabila sam@n ditarik balik. Dek kerana sikap mereka itu, netizen mendakwa mereka masih t0ksik.

Selain itu, ada dikalangan netizen mempersoalkan sama ada mereka tidak tahu malu selepas satu Malaysia sebelum ini melihat mereka mengutvk artis lain.

Sementara itu, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata, buat masa ini, fokus utama yang ingin diberikan adalah pentas akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV - GV10) yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Semuanya sudah selesai. Saya pun tak ada apa nak cakap lagi. Saya sudah minta maaf dan memaafkan mereka. Sekarang ini saya mahu memberi sepenuh tumpuan kepada final ASGV. Pertandingan ini penting untuk masa depan saya. Doakan semoga semuanya berjalan lancar," tutur Nana.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: