18 December 2023

"SAYA PERLUKAN DOA YANG BAIK-BAIK" - ADIRA NEKAD TERUSKAN, PENCERAIAN JALAN SELESAI MASALAH RUMAH TANGGA



Penyanyi Adira Suhaimi yang sudah lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu itu nekad untuk meneruskan penceraian, selepas memfailkan cerai pada 25 Oktober lalu.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Adira memberitahu, perpisahan merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

"Apa yang saya boleh cakap adalah semua ditentukan Allah. Tetapi apa yang saya nampak (ketika ini), itu (penceraian) sahaja jalan. Saya perlukan doa yang baik-baik.

"Setakat ini itu sahaja jalan yang saya nampak. Kehadapannya saya tidak tahu," jelas Adira yang enggan memberi respon apabila ditanya masih tinggal serumah dengan Datuk Red, sebaliknya berkata, dia tidak menghalang suaminya itu bertemu dengan anak-anak.

"Saya tak halang suami jumpa anak-anak sebab dia masih berstatus suami saya. Kami baik sahaja. Tak halang (Adnan) bertemu anak-anak. Dia selalu juga datang rumah," ujarnya.

Terdahulu, peguam yang mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Amzan memaklumkan, anak guamnya itu tidak setuju dengan permohonan Adira dan mahu menyelamatkan rumah tangga.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: