19 December 2023

ARWAH M.DAUD KILAU TAK SEMPAT BEDAH KAKI



"Arwah ayah sudah tidak sedarkan diri sejak pagi semalam dan doktor memang beritahu keadaan kesihatan arwah semakin merosot.
"Arwah ayah dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan sejak Selasa lepas. Sepanjang berada di hospital ada hari dia sedar, ada hari dia tak sedarkan diri tetapi dalam keadaan dia sedar pun kita dah tak boleh faham apa yang dia cakap," demikian kata anak sulungnya, Noraini Muhammad Daud, 58, mengenai bapanya arwah penyanyi legenda, Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang semalam.

Katanya lagi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.

Klik untuk gambar besar
Pembedahan itu ditangguhkan disebabkan keadaan kesihatan arwah yang semakin merosot akibat menghadapi pelbagai komplikasi penyakit antaranya jangkitan kuman dalam darah, sakit jantung, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Noraini ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik HTI.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: