23 December 2023

SEKALI LAFAZ - SYAFIE NASWIP SELAMAT BERGELAR SUAMI



Pelakon Syafie Naswip menerusi siaran langsung di Instagram sebentar tadi, mendedahkan, dia telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati yang juga pempengaruh dan pelakon iaitu Nurafiqah Ishak, dengan sekali lafaz.
Tiada angin tiada ribut, Syafie atau nama penuhnya, Muhammad Syafie Naswip, 31, kini sudah selamat melangsungkan pernikahan yang berlangsung hari ini.

Pada sesi siaran langsung tersebut, Syafie yang menyerahkan mas kahwin RM300 itu dilihat menitiskan air mata ketika membaca lafaz taklik selepas akad nikah dijalankan.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, kira-kira 1,500 penonton menyaksikan majlis pernikahan Syafie bersama pasangannya itu.

Semalam, Syafie ada memaklumkan, dia akan berkongsi satu pengumuman khas di media sosial miliknya pagi ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: