23 December 2023

"HIDUP KAMI DITERUSKAN TANPA SEBARANG MAS@LAH" - AZIZ M OSMAN KATA DIA & BEKAS ISTERI BAIK-BAIK SAHAJA



"Alhamdulillah, kehidupan saya dengan bekas isteri adalah berkaitan dengan tanggungjawab kepada anak-anak. Jadi tak ada mas@lah. Hubungan kami baik-baik sahaja.
"Kebetulan, untuk filem yang saya tulis akan datang pun, dia akan terbabit sebagai 'line producer'. Hidup kami diteruskan tanpa sebarang mas@lah."

Demikian jelas pelakon dan pengarah, Aziz M Osman yang berkongsi rasa syukur dimana selepas bercerai pada Ogos lalu, proses itu dijalani dengan tenang dan penuh tanggungjawab.

Kata Aziz, 60, dia dan bekas isteri iaitu Puteri Lily Lokman, 32, masih lagi bekerjasama, memandangkan mereka bekerja dalam satu industri sama.

Tambahnya lagi, dia sudah melalui pengalaman dan melihat sendiri kesengs@raan mereka yang berdepan ujian lebih besar daripada Allah.

"Itulah yang bagusnya apabila sudah sampai di peringkat umur seperti saya sekarang, di mana, saya dah tak hairan lagi dengan masalah.

"Kelebihan saya, saya pernah melihat kesengs@raan pendat@ng Syri@, bahkan pernah merasai pengalaman b0m 'lalu' atas kepala saya.

"Jadi, apa yang saya atau orang-orang di negara kita hadapi, sebenarnya tak ada apa pun sangat jika dibandingkan dengan mas@lah yang dihadapi mereka.

"Oleh itu, saya pandang semuanya dari sudut positif, Insya-Allah," ujarnya yang kini membintangi filem 'Dalang' itu.

Dalam perkembangan lain, Aziz akan memulakan kerja-kerja pengarahan pada Januari depan menerusi filem aksi komedi berjudul 'Pendekar Mata Tiga Mel@wan Enam Cel@ka'.

"Insya-Allah, saya akan turun ke set penggambaran pada 3 Januari bagi mengarahkan filem aksi komedi berjudul 'Pendekar Mata Tiga Mel@wan Enam Cel@ka'.

"Untuk filem ini pun, bekas isteri saya akan bertindak sebagai penerbit bersama," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: