13 December 2023

SELAMAT BERSALIN - AYDA JEBAT & SUAMI TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI



"Assalamualaikum semua.. 🩵 Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan.. Terima kasih atas semua doa kalian. 🙏🥹
"12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world. 😘."

Demikian tulis penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang memaklumkan dia selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi lelaki pagi semalam (12 Disember 2023).

Klik untuk gambar besar
Berita gembira itu dikongsikan oleh Ayda menerusi laman Instagram miliknya, dimana dia turut berkongsi gambarnya bersama suami, pengacara Nabil Mahir sedang memegang tangan bayi mereka.

Menerusi hantaran itu, Ayda meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Dalam pada itu, Ayda sempat berseloroh mengatakan dia dan suaminya kembali ke 'Zombi World'.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu kini sudah dikurniakan sepasang cahaya mata. Anak sulung mereka merupakan perempuan bernama Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: