13 December 2023

16 DISEMBER INI - HAFIDZ ROSHDI BAKAL NIKAHI ATHIRA YUHADA?



Baru-baru ini, nama pelakon Hafidz Roshdi hangat diperkatakan selepas timbul dakwaan dia bakal menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan, Athira Yuhada, pada 16 Disember ini.
Difahamkan, tular undangan jemputan pelakon yang sah bercerai pada Julai lalu itu bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah dewan terletak di Selangor.

Menerusi undangan jemputan itu, tertera nama Hafidz dan Athira berserta tarikh nikah mereka iaitu pada Sabtu ini, dimana majlis perkahwinan itu difahamkan akan dilangsungkan pada sebelah malam.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Athira didakwa menjadi punca ker£takan rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: