30 December 2023

SHILA AMZAH KATA RUMAH BESAR BUKAN JAMINAN BAHAGIA



"Saya lagi memilih untuk menetap di rumah bersaiz lebih kecil sebab kediaman yang besar susah untuk dijaga. Kemudian apabila setiap ahli keluarga memiliki ada ruang sendiri, hubungan pun akan jadi rengg@ng.
"Jadi, lebih baiklah rumah bersaiz sederhana sebab yang penting ada hubungan keluarga lebih erat dan tidak berpaksikan perkara dalam media sosial."

Itulah kata penyanyi Shila Amzah yang memberitahu, dia lebih memilih untuk tinggal di rumah lebih kecil kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga berbanding rumah yang besar boleh membuatkan hubungan jadi lebih j@uh.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shila turut menjelaskan, kehidupannya kini tidak lagi berlandaskan media sosial, selain berkata, kediaman yang besar tidak menjadi jaminan kehidupan bahagia.

"Saya sudah berhenti daripada melakukan sebarang perkara yang berkiblatkan media sosial sebab tidak mampu untuk pu@skan hati mana-mana pihak.

"Rumah yang besar bukan jaminan untuk buat kita bahagia dan gembira atau kekal bersama selama-lamanya.
"Dalam hidup tiada istilah semuanya bersifat selamanya. Sebagai manusia yang baik, kita perlu ingat bahawa semua perkara hanyalah bersifat sementara dan sekadar pinjaman," ujarnya.

Baru-baru ini, isteri kepada pempengaruh, Ubai MZ itu ada memuat naik video tour banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat, dimana sebelum ini menjadi kontr0versi melibatkan ahli keluarganya.

Menerusi video itu, Shila memaklumkan rumah banglo tersebut telah pun dikosongkan dan dalam proses pembersihan sebelum ianya siap sedia dijual.
Tambah Shila lagi, dia rasa sedih setiap kali melihat banglo berkenaan, apatah lagi banyak menyimpan kenangan mereka sekeluarga.

"Baru ni saya panggil orang kemaskan rumah saya. Rumah sangat besar, kalau saya dan Ubai kemas sendiri memang tidak mampu. Jadi, inilah pemandangan daripada luar.

"Rumah ini menyimpan banyak kenangan sejak tahun 2008. Barang memang tiada, kosong. Entah mengapa setiap kali rumah ini, selalu rasa sedih, tidak tahu mengapa," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: