Baru-baru ini, pelakon Sherie Merlis difahamkan kembali menyandang status ibu tunggal setelah bercerai dengan Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash, selepas bekas suaminya itu memuat naik hantaran dengan menyebut dia kini menjalani kehidupan sebagai duda.
Perkongsian itu sekaligus menamatkan spekulasi yang mengatakan Sherlie dan Ash telah bercerai secara senyap serta status perkahwinan Sherie yang sebelum ini menjadi tanda tanya.
Dalam perkongsian tersebut, Ash yang kini bergelar bapa tunggal berkata, pengalaman yang dialami sangat berbaloi walaupun mempunyai kesan baik dan buruk.
Klik untuk gambar besar
"The journey of single fatherhood may have its ups and downs, but the love and joy you experience along the way make it all worthwhile," tulisnya.
Bukan itu sahaja, Sherlie sebelum ini pernah menjadi tumpuan gara-gara sering keluar bersama rakan artis, pelakon Hasnul Rahmat dan pernah dilihat berpegangan tangan.
Pada masa sama, Sherie kini dikhabarkan menjalin hubungan dengan Hasnul apabila masing-masing memuat naik foto mesra bersama di Instagram, malah mereka juga dilihat banyak meluangkan masa bersama, selain menyebut nama masing-masing pada beberapa hantaran.
Untuk makluman, Sherie, 51, memulakan kerjaya seni sekitar tahun 1989 manakala Hasnul, 52, merupakan warga Singapura yang mula mendapat perhatian peminat seni tanah air setelah memenangi Pelakon Harapan Lelaki pada FFM16 menerusi filem 'KL Menjerit' (2002) arahan Bade Hj Azmi.
Apa pun, jika benar Sherie kini menjalinkan hubungan cinta dengan Hasnul, tak ada yang salahnya pun bercinta di usia senja.
Mungkin juga sudah ada hasrat untuk mendirikan rumah tangga, peminat pun mula mendoakan agar kedua-duanya bertemu jodoh.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment