21 December 2023
SIBUK DENGAN KERJA - DATUK SYAFINAZ AKUI LEBIH SELESA HIDUP 'SINGLE', MESKIPUN USIA CECAH 50 TAHUN
Penyanyi Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia lebih selesa hidup menyendiri kerana kehidupannya sibuk dengan kerja, meskipun usianya menjangkau 50 tahun pada tahun ini.
Kata Syafinaz, kehidupan padat dengan pelbagai aktiviti seni sehingga ada masanya balik lewat malam.
"Saya rasa selesa dan rasa lebih mudah. Cuba bayangkan, kehidupan saya banyak berkisarkan kerja saya dan kadang-kadang balik malam.
"Mungkin ada yang tak percaya bila orang tanya fasal kehidupan saya, saya jawab sibuk. Kadang-kadang orang tak faham kerja saya.
Klik untuk gambar besar
"Latihan saya bersama koir biasanya waktu malam. Habis latihan sekitar 10.30 malam. Selepas itu ada perbincangan dengan beberapa pihak lain.
"Saya tak bekerja setiap hari, tapi kebanyakannya waktu malam. Bila habis jam 1 atau 2 pagi itu perkara biasa buat saya. Jadi kalau orang tak biasa memang susah," jelasnya.
Tambah Syafinaz lagi, seorang wanita itu mempunyai komitmen untuk rumah tangga dan tidak boleh melakukan sesuka hati apabila sudah bergelar isteri.
"Setakat ini otak saya memang fikir kerja. Jadi saya rasa hidup saya selesa. Saya ada tanggungjawab untuk diri sendiri, boleh pergi ke mana saja dan buat apa saja nak.
"Tak perlu minta kebenaran sesiapa. Kalau ada (jodoh), adalah. Kalau tiada saya okey. Kena ingat sebagai wanita muslim bila berkahwin kena ada tanggungjawab. Tak boleh berbuat sesuka hati.
"Apapun emak saya okey tak pernah cakap apa. Kakak-kakak saya dulu ada yang cakap, tapi sekarang mereka pun faham cara kerja saya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment