21 December 2023
BILA DATUK SERI VIDA TERKEJUT CIK B PERNAH BELANJA RM1 JUTA SEBULAN
"Cik B spend 1 juta. Aiyo. Oh spend Aiyo takut aku banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?"
Itulah kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) yang terkejut apabila anak perempuan, Cik B menunjukkan dia pernah berbelanja kira-kira RM1 juta pada Julai lalu.
Malah, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, turut menunjukkan perbelanjaan pada November lalu iaitu RM23,000, dimana ia turut menjadi perhatian ramai.
Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, DSV menerusi perkongsian di TikTok ada memuat naik video gelagat kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak yang berkongsikan jumlah wang dalam akaun bank mereka.
Bagaimanapun, Kacak atau Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, enggan berkongsi jumlah perbelanjaannya, namun dia ada memberitahu yang dirinya lebih suka menyimpan duit.
Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen berseloroh mengatakan mereka pernah berkawan ketika kecil. Malah, ada yang bertanyakan sama ada DSV mahukan anak angkat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment