31 December 2023

TERBABIT KEMALANGAN MOTOSIKAL - ALIF SATAR ANGGAP SEBAGAI UJIAN, PENGH@PUS D0SA



"Alhamdulillah, Allah uji sikit saja.. Dah 'check up' dengan doktor di KPJ Tawakal semalam (29 Disember 2023), semuanya baik. Tidak ada yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening, jadi takut juga ada yang serius.

"Tapi doktor beritahu tiada gegaran. Syukur cuma badan sakit-sakit (semoga buat pengh@pus d0sa)," tulis penyanyi dan pelakon Alif Satar yang baru-baru ini terbabit dalam kemalangan di Hartamas, berdekatan Istana Negara.

Alif yang berkongsi keadaan terkini selepas menjalani pemantauan di sebuah hospital swasta di laman Instagram miliknya itu menganggap apa yang berlaku sebagai ujian.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, penyanyi lagu 'Lelaki Seperti Aku' itu terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari solat Jumaat ke rumah keluarganya.

Berita kemalangan Alif membabitkan motosikal ditunggangnya dengan sebuah kereta dikongsikan pelakon dan usahawan, Wak Doyok di akaun X miliknya.
Menerusi hantaran itu juga, Alif yang memulakan gerakkan Projek Geng Subuh Macam Jumaat ini sempat mengajak pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah pada pagi tahun baharu.

"Insya-Allah dengan cukup rehat, masih boleh jemaah subuh bersama pada 1/1/2024 di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara," katanya.

Projek Geng Subuh Macam Jumaat yang digerakkan bertujuan mengajak pengikut dalam laman sosial untuk solat subuh secara berjemaah di masjid.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: