31 December 2023

MAHU SERTAI PROGRAM UMRAH - ALINA HASSAN PERLU RM13,990



Penyanyi Alina Hassan, 55, memaklumkan dia memerlukan kos sekitar RM13,990 untuk menyertai program Umrah Iktikaf Ramadhan selama 50 hari.
Kata Alina, dia berbesar hati sekiranya ada mana-mana pihak sudi untuk menginfaq perbelanjaannya sepanjang berada di Makkah dan Madinah nanti.

"Saya tidak paksa orang, namun sekiranya ada mana-mana individu atau pihak nak membantu, sangat dialu-alukan. Saya sendiri usaha kumpul duit sana sini.

"Saya ambil show dan pendapatan yang diperolehi disimpan untuk tujuan ini. Setakat ini saya dah berjaya kumpul wang sekitar RM5,000 dan yakin ia akan bertambah.

"Saya kena bayar habis selewat-lewatnya hujung Januari ini. Pendapatan utama saya kini ialah menyanyi di Scottage Cafe, Wangsa Melawati," ujar Alina yang menjuarai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan 1996 itu.

Sebelum ini, nama Alina kembali tular baru-baru ini apabila video lagu 'Gelombang' nyanyiannya yang diiringi oleh Bob Sentuhan di Bukit Bintang menarik perhatian ramai.

"Saya sebenarnya menunaikan hasrat anak saya, Muhammad Azam, 18, untuk jamming dengan buskers seperti Bob Sentuhan. Dia belajar di Matrikulasi Gambang dan datang ke Kuala Lumpur sempena cuti umum Krism@s.

"Muhammad Azam suka main gitar, belajar dari ayahnya dan di YouTube. Jadi saya bawa dia ke tempat Bob dan Bob bagi peluang dia beraksi bersama mereka. Memang dia sangat gembira.

"Masa nak balik, Bob jemput saya minta menyanyikan lagu 'Gelombang'. Tak sangka orang masih nak dengar nyanyian saya dan ia tular," katanya yang gembira kerana ramai peminat menonton video terbabit yang dimuatkan di media sosial serta mendoakan yang baik-baik terhadapnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: