02 December 2023
TERBUKA HATI KAHWIN LAGI - HIDAYAH JELAS DIA TAK PILIH YANG KAYA, HANYA MAHU DISAYANGI
"Jika ada jodoh yang terbaik untuk ku, aku terima dan bimbing ku dijalan Mu ya Allah. Cinta pertama dan cinta syurga ku suamiku."
Demikian tulis balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah yang akhirnya terbuka hati untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal.
Hidayah yang berkongsi itu menerusi TikTok itu bagaimanapun berkata, arwah suaminya tetap mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya dan merupakan cinta pertamanya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsiannya itu juga, Hidayah turut memuat naik gambarnya berada di atas pelamin, selain memberitahu, dia tidak memilih yang kaya tetapi cukup jika lelaki tersebut menyayanginya serta anaknya, Syed Uthman Hamzah.
"Aku tak memilih yang kaya, cukup sayang aku dan anak aku seperti mana arwah suamiku sayang terhadap diriku dan anakku," jelas Hidayah yang berkata, ada yang cuba mendekatinya, namun dia belum bersedia untuk berkahwin lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment