02 December 2023
TUNAI UMRAH SEORANG DIRI - BEKAS IBU MENTUA TITIP PESANAN KEPADA PUTERI SARAH
Pelakon Puteri Sarah Liyana baru-baru ini ada berkongsi di Instagram, dimana dia telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Dalam perkongsian tersebut, Puteri Sarah memaklumkan, kali ini dia mengerjakan ibadah umrah seorang diri buat pertama kali.
Sementara itu, bekas ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah ada memuat naik semula gambar Puteri Sarah.
Malah, Patimah turut menitipkan pesanan ringkas kepada bekas menantunya untuk berdoa dikurniakan jodoh yang terbaik buat dirinya.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Ibu kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu telah menjadi perhatian pengikutnya.
Untuk makluman, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014, sebelum sah bercerai pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment