22 December 2023

TERIMA KERUSI RODA ELEKTRIK, DUIT BELANJA DARI ROSYAM NOR - MAK JAH SEBAK, TIDAK HENTI BERTERIMA KASIH



"Sebelum itu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada datuk (Rosyam Nor). Tak terbalas budi baik datuk. Ya Allah ya Tuhanku. Saya tak terkatalah, rasanya ini (kerusi roda) mahal sangat.
"Bagi saya memang tak termampu. Dengan datuk bagi bulanan lagi. Saya mohon sentiasa pada Allah supaya rezeki datuk berkat dunia akhirat."

Demikian kata pelakon Mak Jah, 74, sambil mengesat air mata, selain tidak henti berterima kasih atas budi pelakon Datuk Rosyam Nor, 56, terus membantunya termasuk menghadiahkan sebuah kerusi roda baru-baru ini.

Sewaktu pihak Rosyam datang ke rumahnya, baru-baru ini, Mak Jah atau nama sebenarnya, Maimunah Ahmad sangat tersentuh sehingga gagal menahan sebak.

Dalam pada itu, pihak Rosyam juga meminta semua agar mendoakan kesejahteraan Mak Jah yang baru sahaja menjalani pembedahan matanya.

"Salam semua. Bagi pihak Rosyam Nor, pasukan Adraabyrosyam berjumpa dan memberikan sesuatu yang istimewa buat Mak Jah. Seorang pelakon yang tidak lagi asing kepada masyarakat Malaysia.

"Kami berbesar hati ingin menghadiahkan sebuah kerusi roda elektrik kepadanya supaya dapat menjalani kehidupan seharian. Jom kita sama-sama mendoakan kesihatan Mak Jah," tulisnya pada kenyataan di Instagram.

Difahamkan, pelakon veteran wanita itu menjalani pembedahan mata sebelah kanan yang sudah tidak nampak dan menjalani rawatan berkala di hospital dan klinik.

Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama namun disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.

Sudah empat tahun pelakon filem 'Mami Jarum Junior' terbabit tidak aktif dalam bidang seni.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: