22 December 2023
RAWAT PENYAKIT - ISMA ALIFF PERTIMBANGKAN IKHTIAR ALTERNATIF
"Saya bercadang menjalani perubatan tradisional melalui proses urutan bagi merawat angin ahmar selepas dibenarkan keluar hospital seperti dicadangkan rakan-rakan."
Itulah kata artis versatil era 1980-an, Isma Aliff, 59, yang memberitahu, dia mempertimbangkan ikhtiar alternatif bagi merawat penyakit yang dihidapinya, dimana penyanyi itu yang diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital Jumaat lalu, bercadang menjalani perubatan tradisional melalui proses urutan.
Isma atau pemilik nama sebenarnya, Mohd Latiff Ismail yang dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi dan angin ahmar ringan sebelum itu terpaksa ditidurkan kerana jangkitan pada jantung serta paru-paru, kini sudah dipindahkan ke wad biasa dan boleh berinteraksi dengan pelawat.
Terdahulu, Isma yang pernah membintangi beberapa filem, antaranya 'Marah-Marah Sayang', 'Jaket Biru', 'Sayang Ibu' dan banyak lagi itu sedang menguruskan ibunya yang terlantar di rumah ketika terkena serangan strok.
"Saya bersyukur kerana hanya diserang angin ahmar ringan, tapi masih bergantung kepada bantuan alat pernafasan. Sudah boleh berinteraksi, cuma masih berasa kebas pada tangan kiri," tutur penyanyi yang juga dikurniakan bakat berlakon, termasuk aksi komedi.
Sebelum ditidurkan, Isma sempat menghubungi rakan baik, Ebby Saiful Ali bagi memaklumkan keadaannya, selain berasa terharu atas keprihatinan artis seangkatannya itu yang setiap hari meluangkan masa menziarahi dan menemaninya di hospital, termasuk memberi kata-kata semangat serta nasihat menjaga kesihatan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion yang melakukan lawatan dan memberi sumbangan kepada Isma semalam berkata, persatuan prihatin dengan nasib artis veteran dan berusaha menjaga kebajikan mereka.
"Persatuan tidak meminggirkan rakan seperjuangan seperti Allahyarham Ibnor Riza yang meninggal dunia, Ahad lalu. Kami hadir pada hari pengebumian Allahyarham Ibnor di Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan," katanya.
Tukiman meminta artis veteran yang belum menyertai PKAVM agar berbuat demikian. Turut serta Bendahari PKAVM, Maria Wahab.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment