22 December 2023

BANDI AMUK TETAP DENGAN PENDIRIAN KEKAL IMEJ BERTOPENG - TAK AKAN BUKA WALAUPUN DIBAYAR SEJUTA



"Sebenarnya ramai orang di luar sana sudah tahu siapa Bandi tapi untuk saya buka topeng dan dedahkan kepada umum wajah sebenarnya mungkin tidak.
"Kerana perjuangan saya dengan kumpulan Amuk sudah masuk 28 tahun, jadi buka topeng ini satu perkara yang sia-sia sebab sudah berjuang lama untuk imej ini dan rasa macam derhaka pula dekat Amuk."

Ujar penyanyi Bandi Amuk yang berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan imej bertopeng, meskipun dibayar dengan jumlah yang tinggi untuk mendedahkan wajahnya.

Jelas Bandi atau nama sebenarnya Nashabandi Jumat, jika dia membuka topeng tersebut seperti mensia-siakan perjuangan dalam dunia muzik rock selama ini.

Dalam pada itu, Bandi turut menjelaskan, topeng yang dipakainya itu sudah sinonim dengan dirinya sejak 25 tahun lalu, selain memberitahu, topeng berkenaan adalah rezeki buat dirinya.

"Topeng ini sebenarnya ada rezeki saya, terima kasih kepada arwah Encik Azmi yang bersama saya, kalau dulu ada orang tawar satu juta baru buka topeng tapi sekarang mungkin tak kot," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: