23 December 2023

BABY BUMP INTAN LADYANA KELIHATAN, BAKAL TIMANG ANAK KEDUA?



Penampilan Intan Ladyana baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila perutnya kelihatan lain seakan 'baby bump', sekaligus timbul dakwaan mengatakan pelakon ini sedang hamil anak kedua.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh peminat, Intan yang mengenakan pakaian longgar ketika berada di sebuah restoran itu dikatakan berjalan seakan membawa kandungan.

Bagaimanapun, sehingga kini, masih tiada lagi kenyataan daripada Intan mahupun suaminya, penyanyi dan pelakon Haris Aliff mengenai perkara tersebut.

Untuk makluman, Intan berkahwin dengan Harris pada 5 Februari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Evie Khadeeja yang kini berumur tujuh bulan.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: