15 December 2023

TULIS KAPSYEN 'CINTA' - RAF YAAKOB DIMINTA CARI CINTA BARU



Semua sedia maklum, pada November lalu, pelakon Mawar Rashid dan Raf Yaakob, dimana pasangan itu memaklumkan mereka memilih jalan untuk berpisah kerana tiada lagi persefahaman.
Terkini, Raf menerusi perkongsian di Instagram, dilihat ada memuat naik fotonya dengan kapsyen 'Cinta' pada hantaran berkenaan.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Raf agar tabah menghadapi apa yang berlaku serta mendoakan yang terbaik buatnya.

Dalam pada itu, ada juga berharap agar Raf dan Mawar akan bersatu semula sebagai pasangan suami isteri demi anak-anak mereka.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, ada yang menyuruh adik kepada penyanyi dan cef selebriti Fazley Yaakob ini agar mencari cinta baru.

Enggan berdiam diri, Raf tampil membalas komen netizen itu dengan mengatakan dia mahu fokus pada diri sendiri terlebih dahulu.

Untuk makluman, Raf mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada 9 November 2017. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: