21 December 2023

ZAKAT PERNIAGAAN - AERIL ZAFREL & WAWA ZAINAL BAYAR LEBIH RM1 JUTA



"Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.
"Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua."

Demikian ujar pelakon Aeril Zafrel dimana dia dan isterinya yang juga pelakon dan ahli perniagaan, Wawa Zainal baru-baru ini telah membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menunaikan rukun Islam keempat, Aeril berkata, jumlah yang dibayar itu adalah hasil perniagaan tahun ini, selain berharap zakat yang dikeluarkan itu dapat membantu golongan yang memerlukan serta percaya bahawa setiap rezeki diperoleh ada rezeki untuk orang lain.

"Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.

"Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah," tuturnya.

Tahun lalu, Aeril meraih penghargaan daripada LZS kerana melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: