20 January 2024

25 FEBRUARI DEPAN - SIAPA YANG BAKAL BOLOT ANUGERAH DI GEMPAK MOST WANTED AWARDS (GMWA)



Pada 25 Februari depan, Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2023 bakal diadakan tidak lama lagi yang akan bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Acara kemuncak ini bertujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka dari pelbagai latar belakang.

GMWA 2023 turut boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand, begitu juga di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.

Barisan hos yang akan mengemudi malam anugerah itu ialah Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Klik untuk gambar besar
Dengan menggunakan tagline 'Terpaling Trending!', calon-calon Top 5 ini merupakan pilihan pengguna media sosial pada undian fasa pertama dari 30 November hingga 30 Disember 2023 menerusi laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com.

Menampilkan tema Y2K, GMWA 2023 akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Acara berprestij GMWA 2023 itu akan dihadiri artis-artis ternama dan personaliti media sosial dan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva Nusantara.
Sebelum menjelang anugerah berprestij itu, Astro Gempak akan mengumumkan finalis Top 5 bagi kesemua sembilan kategori yang dipertandingkan pada majlis sidang medianya yang berlangsung di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.

Antara yang tercalon dalam senarai Top 5 GMWA 2023 termasuk pelakon popular yang telah menambat hati ramai peminat dalam kategori 'Selebriti Digital Tergempak' iaitu Amir Ahnaf.

Selain Amir Ahnaf, turut bersama tersenarai ialah Dato' Sri Siti Nurhaliza, Anna Jobling, Meerqeen dan Amir Masdi.
Sementara itu, runut bunyi filem pecah panggung, 'Polis Evo 3' yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri bertajuk 'Ayuh', juga tercalon dalam kategori iaitu 'Lagu/Audio Tergempak', diikuti dengan lagu 'Jangan Mati Rasa Itu' (Aina Abdul), 'Pergilah Cinta' (Danial Kifli), 'Test Drive' (Firdaus Rahmat) dan audio 'Makcik Dodoi' (@chemass_kaklong).

Bukan itu sahaja, malah Che Nom iaitu pempengaruh resepi masakan kegemaran rakyat Malaysia, turut bersaing dalam acara anugerah ini dalam kategori 'Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak' bersama Amin & Abid Othman, Auntie Purple, Nelysa Norazlan dan juga Ow To The Zie.

Undian calon Top 5 bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 17 Januari, jam 6 petang sehingga 25 Februari 2024, jam 12 tengahari. Pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2023 kelak.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama 'Gempak Most Wanted 2023'.

Selain itu, anugerah 'Gempak Hall of Fame' juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Disamping itu, satu kategori khas diwujudkan dengan nama 'Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!', di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: