20 January 2024

BIB1K TINGGALKAN ANAK, R£MBAT TELEFON BIMBIT & DUIT - ELVINA LUAH RASA B£RANG, KEC£WA



Menerusi perkongsian di Insta Story baru-baru ini, pelakon Datin Elvina Mohamad telah meluahkan rasa b£rang apabila pembantu rumahnya mel@rikan diri dari rumah kelmarin serta sanggup meninggalkan anaknya.
Dalam kenyataan itu, Elvina memberitahu, wanita warga Indonesia tersebut meninggalkan anaknya berusia 9 bulan seorang diri serta membawa l@ri sejumlah wang serta telefon milik anaknya.

Jelas Elvina lagi, dia meminta bantuan orang ramai untuk meng£san wanita Indonesia berkenaan, selain turut memuat naik gambar pembantu rumahnya di perkongsian tersebut.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Elvina berkata, sebelum ini, wanita Indonesia tersebut pernah meminta kata laluan untuk telefon anaknya, serta mengesyaki pembantu rumahnya itu sudah lama merancang untuk melarikan diri.

Dalam pada itu, ujar Elvina, dia pernah melihat wanita Indonesia berkenaan menerusi CCTV rumahnya dan pembantu rumahnya itu tidak melakukan kerja dengan baik.

Tambah Elvina, dia berasa kecewa dengan tindakan wanita Indonesia itu, meskipun sudah memberikan layanan yang baik terhadapnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: