20 January 2024

MINTA NAIK GAJI RM500, NAFI TAK MINAT SAMBUNG K0NTRAK - TYZO DAKWA CARA BU4NG DIRINYA SEPERTI KURANG PROF£SIONAL



"Mereka buat kesimpulan saya tak berminat hanya sebab saya tak 'update' pihak pengurusan, sedangkan sebelum ini seminggu sebelum k0ntrak tamat barulah mereka akan tanya dan sambung k0ntrak.
"Tapi, lain pula cerita kali ini? Sebelum ini, k0ntrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, tapi kenapa bila giliran saya terus buat kesimpulan saya tak berminat?

"Saya mengaku ada minta naikkan gaji RM500 walaupun pihak pengurusan tak bersetuju. Namun, saya tetap tandatangani k0ntrak pada September lalu. Jika besar kep@la atau d1va, saya takkan tandatangani k0ntrak walaupun syarikat nak naikkan gaji."

Demikian jelas bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo yang menafikan tidak berminat menyambung k0ntrak seperti didakwa Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse dalam sidang media, petang semalam.

Jelasnya lagi, kebiasaannya pihak pengurusan akan bertanya pada saat akhir iaitu seminggu sebelum k0ntrak tamat, namun dia terkejut pihak pengurusan Suria FM buat kesimpulannya tidak berminat hanya kerana tidak memaklumkan dua bulan sebelum k0ntrak tamat.

Sementara itu, Tyzo atau pemilik nama sebenar, Tuah Zolqarnain Idris, 47, turut meluahkan rasa ks£al penamatan k0ntraknya yang didakwa secara mengejut Jumaat lalu.

Tambah Tyzo lagi, dia sudah merakam terlebih dahulu beberapa kandungan segmen terakhirnya yang bagaimanapun dipadam oleh penerbit terbabit.

"Adakah saya penjen@yah apabila cara untuk membu@ng saya seperti kurang prof£sional. Belum sempat keluar bangunan lagi, saya sudah disingk1rkan daripada 'group' WhatsApp.

"Saya sudah merakamkan beberapa kandungan yang sepatutnya disiarkan pada hari terakhir tetapi belum habis kerja dipadam dari sistem. Saya tertanya-tanya kenapa diperlakukan sebegitu.

"Saya tiada mas@lah untuk berdamai cuma, DJ Lin dan Jay Jay harus dipersalahkan dalam hal ini. Ramai yang ada di belakang saya tapi mereka berdua yang membuat keputusan.

"Seorang adalah penasihat dan seorang lagi yang memberi kata putus. Datuk Aminuddin tidak tahu menahu mengenai butir lanjut hal ini," kata Tyzo ketika ditemui pada sidang media tergempar yang berlangsung di sebuah pusat membeli belah di sini semalam.

Terdahulu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir pada Jumaat lalu.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali DJ Lin berkata, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi serta perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik dan segar.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: