21 January 2024

ANGGAP TYZO MACAM ADIK - DJ LIN KATA DIA HANYA MAK4N GAJI : "KEPUTUSAN AKHIR DIBUAT PENGURUSAN TERTINGGI"



Baru-baru ini, bekas penyampai Suria FM, Tyzo mengatakan dirinya menjadi m@ngsa pengani@yaan ketika sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Berhubung kenyataan Tyzo itu, pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, dia tidak menyangka Tyzo tergam@k mengeluarkan perkataan tersebut sedangkan hubungan mereka selama ini ibarat adik-beradik.

"Bila dia lafazkan di depan muka sudah tentu saya tergam@m kerana itu perkataan yang keluar daripada mulutnya. Saya agak sedih sebab tak tahu apa mas@lah dia sehingga sanggup mengeluarkan perkataan itu.

"Saya anggap dia seperti adik saya sendiri kerana kami sudah kenal sejak 2006 ketika bekerjasama di Suria FM sebelum kontraknya tamat pada 2012.

"Selepas itu ketika saya dilantik sebagai Pengurus Besar Suria FM, antara langkah pertama saya buat adalah memanggil kembali tiga bekas penyampai dan salah seorangnya adalah Tyzo.

"Ketika saya usulkan nama dia kepada pihak pengurusan tertinggi Suria FM, Alhamdulillah dia diberi rezeki untuk kembali berkhidmat semula pada 2016.

"Sejak itu juga hubungan kami semakin rapat. Saya tak nampak di mana silapnya. Saya tidak mengatakan orang tak berhak b£nci saya, cuma saya sayangkan silaturahim yang sudah terjalin," katanya.

Dalam pada itu, DJ Lin turut tampil menafikan tudvhan netizen yang mengatakan dirinya d£ngki dengan kejayaan Tyzo selepas menew@skannya dalam kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-35 pada Julai tahun lalu.

"Saya rasa d£ngki itu tidak ada. Dalam menentukan barisan nama bukan keputusan saya seorang. Segala keputusan dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi.

"Sebenarnya selepas berakhir anugerah itu saya mengarahkan staf saya untuk mempromosikan kejayaan Tyzo di media sosial kerana kami amat bangga dengan hasil kejayaan produk kelahiran Suria FM.

"Malah saya juga ada meminta kakitangan untuk menganjurkan majlis kejutan sempena kejayaannya dan buktinya masih ada di platform media sosial Suria FM.

"Selain itu, saya juga masih menyimpan ucapan kejayaan kepada Tyzo yang memenangi anugerah itu. Kalian boleh lihat, saya tak pad@m lagi.

"Kalau dia nak jumlah biarlah antara dia dengan pihak pengurusan Suria FM saja," ujar DJ Lin yang dalam masa sama memberitahu, dia belum bersedia untuk berjumpa empat mata dengan Tyzo.

Sementara itu, DJ Lin mengaku, dia terk£san dengan kec@man hebat daripada netizen yang tidak mengetahui cerita sebenar berhubung kenyataan Tyzo mendakwa dia dianiaya olehnya, selain memohon doa agar Allah memberi keredaan kepadanya menerima segala ujian yang berlaku.

"Tipulah kalau saya katakan tidak terasa hati atau terk£san dengan kec@man neg@tif yang sangat hebat daripada netizen ketika ini. Cuma saya berdoa kepada Allah supaya saya reda atas apa yang terjadi.

"Saya terima jika ini adalah ujian untuk mematangkan saya. Lagipun saya pun baru berhijrah (bertudung) dan masih belajar untuk menguatkan em0si. Setiap hari saya cuba reda dengan segala ketentuan ini.

"Saya kena kuat demi jenama Suria FM. Cuma saya ingin tegaskan saya berada di pihak yang benar dan kesalahan (tuduhan) yang dilemparkan itu saya tidak lakukan," tutur DJ Lin yang turut berkata, dia tidak menyangka permulaan tahun 2024 dia terpaksa berdepan kontr0versi yang amat dahsy@t.

"Mungkin ada hikmah menanti saya. Saya ini hanyalah kakitangan dan mak@n gaji saja. Cuma bezanya saya ini bukan staf k0ntrak seperti penyampai radio lain. Tapi segala keputusan akhir membabitkan penyampai dan masa depan Suria FM adalah daripada pihak pengurusan tertinggi Suria FM," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: