21 January 2024

DEMI BELANJA 10 STAF MAKAN MALAM - KAK KM SANGGUP BERHABIS HAMPIR RM10,000



Jika anda mengikuti Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, pasti mengetahui mengenai usahawan itu yang sememangnya tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan ahli keluarganya.
Bukan itu saja, Kak KM juga turut bersikap permurah dan sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk belanja 10 pekerjanya makan malam.

Kak KM yang berkongsi perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik TikTok itu menjelaskan, dia tidak kisah membelanjakan wang yang banyak untuk menggembirakan pekerjanya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat para pekerjanya tersenyum serta turut mengucapkan terima kasih kepada Kak KM.

Bukan itu sahaja, malah Kak KM turut memaparkan dua keping resit yang mana apabila digabungkan jumlahnya bernilai RM9,648.85.

Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap usahawan itu, selain menyifatkannya sebagai majikan yang tidak berkira dengan pekerjanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: