24 January 2024

AKUR TAK DAPAT JALANI RAWATAN ANGIOGRAM KERANA DAR4H TERLALU CAIR - NAS AHMAD 'T£RJAH' MOHON DOA



"Alhamdulillah, tahap keadaan kesihatan saya sekarang ini dalam keadaan baik-baik saja dan stabil. Insya Allah, saya boleh bertahan lagi untuk menunggu tarikh rawatan Angiogram akan datang pada Mac depan.
"Sepatutnya, saya sudah pun buat rawatan itu pada awal Januari lalu, tapi doktor terpaksa tangguhkan sebab keputusan ujian dar@h saya terlalu cair dan difahamkan tidak sesuai untuk rawatan dijalankan."

Ujar bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad yang popular dengan tagline 't£rjah', dimana dia memaklumkan, dia kini berada dalam keadaan sihat dan stabil serta dijangka akan menjalani rawatan Angiogram di Hospital Serdang pada Mac depan.

Bagaimanapun, menurut Nas atau nama sebenar, Md Nasir Ahmad, 62, dia sepatutnya sudah melakukan rawatan Angiogram kerana masalah jantung dialami itu pada awal Januari lalu, namun perlu ditangguhkan kerana keputusan ujian dar@h terlalu cair.

Katanya lagi, bagi pesakit jantung sepertinya yang perlu menjalani rawatan Angiogram, harus dipastikan terlebih dahulu keputusan ujian dar@h diambil sama ada kepekatan atau kecairannya (dar@h) sesuai.

"Kalau keputusan dar@h terlalu cair atau terlalu pekat pun tidak boleh melakukan prosedur rawatan Angiogram itu. Jadi, keputusan ujian dar@h memang kena betul-betul sesuai dan stabil.

"Jika terlalu cair dibimbangi dar@h susah nak berhenti apabila rawatan dijalankan, begitu juga kalau terlalu pekat, akan cepat beku. Apapun, saya mohon doa yang baik-baik saja untuk semuanya dan semoga segala urusan dipermudahkan," tuturnya.

Sementara itu, Nas yang juga ditanya mengenai penganjuran program Kembara Showcase Amal Madani Jiwa Malaysia bagi mengumpul dana untuk membantunya dan penggiat seni lain yang memerlukan itu berkata, dia tahu mengenai perkara berkenaan.

"Saya ada dimaklumkan oleh penganjur dan hadir ke majlis sidang media itu di atas undangan. Mereka (penganjur) sanggup menjemput saya di rumah dan terima kasih diucapkan.

"Hanya ucapan terima kasih mampu saya titipkan kepada semua pihak yang sudi membantu saya berikutan mas@lah kesihatan dialami kerana saya pun 'zero income' sebab memang tak boleh bekerja lagi," katanya.

Terdahulu, Nas dilaporkan berhadapan mas@lah jantung pada 2022 lalu selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan. Nas kemudian dirujuk pula ke Hospital Serdang kerana pakar jantung di sana.

Kini Nas bergantung dengan bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) untuk membayar sewa rumahnya, manakala dua anak pula hanya bekerja di kedai serbaneka.

Dalam pada itu, bagi yang ingin membuat sumbangan untuk membantu Nas, boleh ke akaun Maybank, 1010 1133 6478 (Md Nasir Ahmad).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: