25 January 2024

"SAYA & RANIA MASIH BELUM BERTUNANG" - SUFIAN SUHAIMI RANCANG BERKAHWIN TAHUN INI



Sekitar Oktober tahun lalu, tular video majlis pertunangan penyanyi Sufian Suhaimi dengan teman wanitanya dikenali Rania.
Bagaimanapun, Sufian, 32, tampil menafikan video tular tersebut dengan berkata, majlis terbabit hanyalah majlis merisik membabitkan pertemuan kedua-dua belah keluarga.

Tambahnya lagi, dia tidak menolak untuk mengadakan majlis pertunangan sebelum bertukar status sebagai suami yang dijangka berlangsung tahun ini.

"Saya dan Rania masih belum bertunang. Kami belum ada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis pertunangan. Jika perlu, saya tiada mas@lah untuk adakan majlis itu menjelang hari pernikahan nanti.

Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya pada majlis yang berlangsung pada Oktober tahun lalu hanyalah majlis merisik secara kecil-kecilan. Tak sangka video itu tular.

"Namun, itu bukanlah perkara tidak baik dan kalau ikut perancangan saya bercadang untuk bernikah tahun ini," katanya yang turut memberitahu, dia tiada mas@lah untuk mengadakan majlis pertunangan bagi mengikut adat Melayu.

"Kami juga mahu hubungan ini mengikut adat. Perkenalan ini bukan sekadar kawan biasa. Keluarga kedua belah pihak juga sokong apa yang kami rancang. Bertunang itu tak ada keperluan, tapi kalau ikut adat kami akan buat nanti," jelas Sufian.

Ditanya kenapa dia jarang berkongsi foto bakal isteri di media sosial, Sufian berkata, dia lebih selesa berkongsi hal berkaitan kerja kepada pengikutnya.
"Saya tak pernah sorok identiti teman wanita. Tambah pula sekarang zaman teknologi serba canggih sekarang ini, semua boleh buat carian di Google atau media soaial.

"Jujurnya saya lebih selesa berkongsi mengenai hal peribadi. Lagipun dalam perhubungan ini ada macam-macam dugaan," ujarnya.

Terdahulu tular satu klip video memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian, menyarung cincin di jari manis kekasihnya di TikTok.

Rata-rata mendakwa video terbabit adalah majlis pertunangan Sufian dengan wanita yang kini bekerja sebagai peguam pelatih.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: