25 January 2024

TAMPIL MOHON MAAF ISU BUSANA - BELLA ASTILLAH AKUR KESILAPAN DIRI



"Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju itu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja."
Itulah jelas pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang tampil memohon maaf susulan tular video dirinya memakai busana berwarna hijau sambil menuruni anak tangga sehingga menampakkan sebahagian paha kerana bel@han yang agak tinggi

Busana tersebut membuatkan Bella menerima kec@man hebat daripada netizen yang rata-ratanya mengatakan imej itu tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Dalam pada itu, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia hanya mengenakan busana itu yang dihasilkan daripada seorang pereka fesyen.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, suaminya yang juga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz turut menegur busana hijau yang digayakannya itu.

"Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir, saya rasakan mungkin kurang sesuai.

"Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesil@pan diri sendiri dan tak boleh sal@hkan sesiapa," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: