21 January 2024

AL-FATIHAH - SUAMI SENIWATI ALLAHYARHAM AZEAN IRDAWATI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 5.12 petang tadi, suami kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawati iaitu Khairil Anwar ZM Rashidi, 72, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB), Selangor.
Berita pemergiannya itu dikongsikan anak bongsunya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran di Instagram Story (IGs).

Bagaimanapun, Ineesa tidak memberitahu butiran terperinci mengenai pemergian arwah bapanya itu.

Dalam masa sama, Ineesa berharap orang ramai dapat berdoa dan memberi sedekah al-Fatihah buat bapanya.

"Salam semua. Abah baru pulang ke Rahmatullah pada jam 5.12 petang di Hospital Sungai Buloh.

"Maklumat pengurusan jenazah belum lagi dipastikan. Nanti akan saya umumkan.

"Minta sedekah al-Fatihah dan doakan abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman... Amin. Terima kasih," katanya.

Untuk makluman, Allahyarham Khairil Anwar meninggalkan dua anak perempuan iaitu Inessa dan kakaknya, Elza Irdalynna.

Manakala seorang lagi anaknya yang merupakan lelaki iaitu pelakon, Allahyarham Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, meninggal dunia di Medan, Indonesia pada 2021.

Isterinya, Allahyarham Azean pula meninggal dunia pada 17 Disember 2013 akib@t komplik@si pelbagai peny@kit termasuk kans£r payud@ra.

Sementara itu, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera turut memuat naik hantaran mengenai pemergian Allahyarham Khairil Anwar dalam media sosial.

Kata Shiera, Allahyarham Khairil Anwar atau lebih mesra disapa Abang Karl itu adalah pendengar setia Suria FM dan sering bertanya khabar.

"Semoga urusan jenazah Abg Karl dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Arwah selalu hantar mesej dan ikuti program Suria FM. Semoga tenang di sana... Al-Fatihah," tuturnya.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan takziah dan mendoakan semoga urusan jenazah dipermudahkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: