21 January 2024
TAK PERNAH S4KIT T£RUK SELEPAS PULIH AKIB4T KEMAL4NGAN 28 TAHUN LALU - SAARI AMRI BERSYUKUR DIKURNIAKAN TAHAP KESIHATAN YANG BAIK
"Takdir Alllah itu cantik buat saya. Bayangkan, sudah 28 tahun trag£di ng£ri kemal@ngan itu berlalu, namun dari saat saya diberi kesembuhan oleh Allah sampailah sekarang, saya sentiasa sihat dan tak pernah s@kit.
"Alhamdulillah, pada usia sekarang ini saya amat bersyukur kerana dilindungi Allah daripada penyakit kr0nik seperti jantung, darah tinggi, kencing manis (diab£tes) dan sebagainya. Malah, saya diberi pula rezeki boleh membantu merawat pesakit diab£tes
Demikian kata komposer berkaliber, Saari Amri, 57, yang bersyukur kepada Allah apabila dikurniakan tahap kesihatan yang baik dan tidak pernah s@kit t£ruk selepas pulih sepenuhnya akib@t kemal@ngan motosikal berkuasa tinggi dialami kira-kira 28 tahun lalu.
Jelas Saari atau nama sebenarnya, Saari Jusoh, Allah memberi rezeki kesihatan yang baik buatnya, walaupun dalam badannya kini adalah dar@h yang pernah didermakan oleh sekumpulan tentera.
Tambahnya lagi, dia juga tidak mengenakan sebarang bayaran pada rawatannya kerana diberi secara percuma sebagai memenuhi niat mahu menyumbang semula kepada masyarakat.
"Banyak yang masyarakat beri pada saya dengan menerima baik lagu-lagu dicipta dan hingga sekarang diminati ramai. Bukan saja di radio, tapi platform media sosial dan digital seperti YouTube sangat membantu.
"Saya juga masih ada ilham buat lagu sampai sekarang dan dalam simpanan, sudah mempunyai 1,000 koleksi lagu untuk dinyanyikan oleh penyanyi yang berminat sebab saya pun tidak meletakkan harga yang tinggi.
"Bagi mereka yang minat menyanyi dan inginkan lagu saya untuk dirakamkan, boleh berjumpa dan berbincang. Cuma, lagu-lagu saya tetap sentuhan yang sama macam dulu, tidak berubah," ujarnya.
Untuk info, Saari yang popular pada era 1990-an, pernah dikenali dengan lagu ciptaannya seperti 'Madah Berhelah' nyanyian Ziana Zain, 'Di Sana Menanti Di Sini Menunggu' (Ukays), 'Butakah Cinta' (Spring), 'Suci' (May), 'Ramalanku Benar Belaka' (Umbrella), 'Sembilu' (Ella), 'Lamunan Terhenti' (Aris Ariwatan), 'Gerimis Mengundang' (Slam) dan banyak lagi.
Pada November 1996 lalu, Saari mengalami kemal@ngan motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati ditunggangnya di simpang lampu isyarat dan berdekatan sebuah hotel di Ampang sehingga dia mer£mpuh sebuah lori.
Menurut Saari, dia k0ma dan menerima rawatan selama 21 hari di hospital dan akuinya apa yang dilalui itu umpama 'm@ti hidup semula'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment