21 January 2024

SELAMAT BERNIKAH - ATIKAH SUHAIME KINI ISTERI DATUK LOKMAN TEH



Tahniah diucapkan kepada pelakon kelahiran Singapura iaitu Atikah Suhaime, 33, yang kini telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 34, pada jam 8.54 malam tadi (21 Januari 2024).
Dalam satu majlis tertutup yang diadakan secara sederhana di Cornerstone IPC, di sini, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Atikah, Mohd Suhaime Mohd Jamali.

Majlis yang berlangsung secara sederhana dengan bertemakan Sakura itu menyaksikan Atikah menerima mas kahwin sebanyak RM300.

Klik untuk gambar besar
Selain itu, rombongan pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan.

Sebelum ini, Atikah berkongsi berita gembira mengenai hari bahagianya yang bakal menjelang menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik video majlis pertunangan yang berlangsung pada Disember lalu.

Untuk makluman, Atikah pernah mengikat pertunangan dengan penyanyi senegaranya, Awie Rafael, sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019 iaitu tiga hari sebelum mereka sepatutnya diijabkabulkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: