14 January 2024

ALAMI KEGUGURAN 2 KALI - UQASHA SENROSE KONGSI BERITA GEMBIRA, BAKAL BERGELAR IBU



"Syukur Ya Allah. Alhamdullillah, rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki paling besar buat Qasha. Nervous (berdebar) dari nak menjadi isteri, sekarang berdebar untuk menjadi seorang ibu pula."

Itulah tulis isteri kepada pelakon Kamal Adli iaitu pelakon Uqasha Senrose menerusi Instagram, dimana dia mengesahkan sedang berbadan dua dan bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi, setelah dua tahun mendirikan rumah tangga.

Nampaknya segala desas-desus kehamilan Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, kini terjawab selepas pelakon itu berkongsi berita gembira tersebut kepada umum.

Dalam hantaran itu, Uqasha turut menyelitkan momen perkahwinan dan foto ultrasound bayi, selain menjelaskan, dia memilih untuk merahsiakan kehamilan kali ini kerana bimbang sebarang kemungkinan kerana pernah keguguran sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

"Ramai yang tanya kenapa Qasha tidak jawab-jawab sebab dah (pernah) gugur jadi saya takut. Oleh itu, lebih baik saya sendiri yang cakap," jelasnya yang pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada 2022.

Dalam pada itu, pelakon drama 'Akira Khan' itu juga sempat meluahkan rasa sedihnya apabila ramai pihak yang menudvh keluarganya suk@r untuk memiliki zuriat.

Justeru itu, Uqasha yang mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021, berkata, berita kehamilan ini cukup mengembirakan dirinya kerana secara tidak langsung turut membersihkan reputasi keluarganya yang tercal@r akib@t tudvhan tidak beras@s itu.
"Jujur Qasha sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tidak ada zuriat, jadi apabila dapat tahu (berita kehamilan) Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah itu dia yang maha mengetahui.

"Jodoh, ajal, m@ut dan rezeki semua dari Allah," kongsi Uqasha lagi yang turut berterima kasih kepada peminat dan semua yang mendoakan dirinya.

"Doa yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Terima kasih kepada semua yang mendoakan," kata Uqasha yang juga kakak kepada pelakon Nelydia dan Raysha Senrose itu.

Terdahulu, Uqasha memilih untuk mengunci mulvt selepas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang, Datuk Saroni memuat naik foto yang memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: