05 January 2024

"ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALANYA" - SHILA AMZAH KINI HAMIL ANAK KEDUA



Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi Shila Amzah dan suaminya, pempengaruh, Ubaidillah Zulkefli atau Ubai telah berkongsi berita gembira dimana mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan kehamilan berjalan lancar.

"Saya nak pastikan proses awal kehamilan berjalan lancar terlebih dulu (sebelum pengumuman itu dibuat). Terima kasih kepada yang mendoakan kami sebelum ini.

Klik untuk gambar besar
"Doakan agar kandungan ini selamat dan dipermudahkan segala-galanya," tutur penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu dimana dia tidak berkongsi usia kandungannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian sama, Ubai turut menyifatkan tahun 2024 membuka satu lembaran baharu buat dirinya dan isteri.

"Tahun 2024 ini kami ingin berkongsi satu perkhabaran. Alhamdulillah untuk segalanya," kata Ubai yang bernikah dengan Shila pada 5 Ogos tahun lalu di Boathouse Ampang, di sini.
Melihat pada video yang dimuat naik, pasangan ini berkongsi video ketika melakukan ujian imbasan kehamilan, malah turut sempat berkongsi reaksi spontan kenalan rapat dan ahli keluarga sebaik mengetahui perkara itu.

Untuk makluman, kehamilan kali ini merupakan yang kedua buat Shila selepas melahirkan anak sulungnya, Seth Uwais, 5, hasil perkahwinan pertamanya dengan Haris Idraki Elias.

Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada Februari 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: