04 January 2024
10 TAHUN BELAJAR AL-QURAN - SHAMSUL GHAU GHAU TERPAKSA GUNA WANG SIMPANAN RM300,000, JUAL RUMAH & ASET LAIN TAMPUNG KELUARGA
"Selama tempoh 10 tahun belajar al-Quran, duit simpanan saya berjumlah RM300,000 habis digunakan. Dua buah rumah yang salah satunya kondominium, kereta dan motor turut saya jual. Semua itu untuk tampung keluarga.
"Contohnya sebulan belanja keluarga saya RM5,000 dan kalau setahun dah jadi RM60,000. Jadi bayangkan selama 10 tahun tidak terbabit dengan dunia seni, macam mana nak dapat duit. Kenalah guna apa aset yang ada."
Itulah kata Shamsul Ghau Ghau dimana pendakwah dan selebriti itu mendedahkan, sepanjang 10 tahun mengikuti pengajian Al-Quran, dia terpaksa menggunakan kesemua wang simpanan berjumlah RM300,000 bagi menampung kos sara hidup keluarga.
Jelas Shamsul, dia yang sudah mendapat sijil tauliah sebagai penceramah ini turut menjual rumah serta beberapa aset lain demi menyara keluarga sepanjang tempoh tersebut.
Tambahnya lagi, dia pernah mendapat tawaran untuk belajar al-Quran di Mesir, namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana anaknya masih belajar.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Shamsul atau nama sebenarnya, Shamsul Azahar Aliddin, berharap agar pintu rezekinya akan semakin terbuka luas selepas ini.
"Saya hilang kerja dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu memang saya gunakan untuk mempelajari al-Quran.
"Saya dapat tawaran belajar al-Quran di Mesir, tapi hasrat itu terpaksa dilupakan kerana anak saya masih belajar dan ada yang ambil Sijil Pelajaran Malaysia.
"Tujuan ambil tauliah bukan nak riy@k, tetapi ingin buktikan sesiapa sahaja boleh belajar al-Quran tanpa mengira had umur. Apa yang penting adalah fokus.
"Alhamdulillah sekarang saya dapat buat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak pun makin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment