04 January 2024
DIPAKSA PELAKON TERKENAL GUGUR KANDUNG@N, TARIK LAPORAN POLIS - TEMAN WANITA TERPAKSA TANGGUNG KESAK1TAN
Selepas menggugurkan kandungan pada Oktober lalu hasil persetubuhan yang dikatakan bersama seorang pelakon terkenal, seorang penuntut universiti swasta berusia 21 tahun kini mendakwa dia terpaksa menanggung kesakitan akibat jangkitan di bahagian rahim.
Ketika dihubungi Harian Metro, wanita yang enggan mendedahkan namanya, berkata, pelakon itu berjanji untuk menjaganya sebaik dia berbuat demikian, namun 'hilang' dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan.
"Saya ikut segala permintaannya untuk menggugurkan kandungan selepas memujuk saya berulang kali. Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan.
"Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin. Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab sedangkan saya sekarang terpaksa berulang-alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin.
"Saya hanya mengetahui masalah ini dua minggu lalu selepas doktor memberitahu proses pengguguran melalui pil gugur janin yang saya ambil tidak berkesan sepenuhnya. Ada janin yang masih berada di dalam badan," ujarnya.
Tambah wanita itu lagi, segala pendedahan yang dibuat bukan untuk meminta belas kasihan agar pelakon itu tampil memperisterikannya.
"Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan.
"Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik.
"Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi. Saya mahu dia menerima balasan yang setimpal.
"Biarlah saya dan dia diheret ke muka pengadilan atas kesalahan yang kami lakukan. Saya mahu dia belajar daripada pengajaran ini, bukan bebas dan menjalani kehidupan dengan penuh bahagia," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment