04 January 2024

ISTERI SELAMAT BERSALIN - RYAN BAKERY TIMANG ANAK SULUNG, LELAKI



"Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.
"Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Amin."

Demikian kata pempengaruh, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery, 28, yang berkongsi berita gembira dimana dia kini bergelar ayah selepas isterinya, Eylia Ibrahim selamat melahirkan anak sulung mereka seorang bayi lelaki, semalam.

Menerusi hantaran itu, Ryan atau nama sebenarnya, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, memanjatkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusan itu dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar
Baru-baru ini, Ryan pernah berkongsi dia dan isterinya sudah memilih nama untuk anak mereka iaitu Ryan Ezra. Dalam pada itu, Ryan juga tidak menolak akan ada penampilan anak dalam kandungan media sosial.

Ini kerana jelasnya, dia mahu menghasilkan 'content' yang bersifat kekeluargaan, namun tidaklah sampai sehingga sanggup jual atau pergunakan keluarga.

Untuk makluman, Ryan mendirikan rumah tangga bersama Eylia pada 1 Oktober 2022. Pada Ogos tahun lalu, pasangan terbabit berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: