07 January 2024

DIBENARKAN KELUAR HOSPITAL - HASNOL BERHARAP AGAR KESIHATANNYA KEMBALI PULIH



"Alhamdulillah. Bukanlah semakin sihat, tapi ada ketikanya demam berulang. Tapi, saya dah dibenarkan pulang pada Rabu lalu.
"Saya minta untuk dibenarkan pulang kerana keadaan di wad, di mana, ada pesakit-pesakit yang mengalami batuk lebih kronik.

"Insya-Allah, esok (Isnin), saya akan mula bekerja dan dengan harapan, sakit itu akan berkurangan."

Itulah kata penyanyi Hasnol, 54, yang berharap agar kesihatannya kembali pulih selepas dibenarkan pulang ke rumah sejak Rabu lalu setelah dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Jelas Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Hassan Ariff, kerana faktor situasi di wad, dia meminta izin untuk dibenarkan pulang, selain berkata, dia akan kembali bekerja di syarikat penjualan kereta dan motorhome.

Ditanya sama ada sudah ada laporan mengenai penyakit yang dialaminya yang sebelum ini diandaikan sebagai Tuberculosis (TB) dan kanser, Hasnol berkata, sampel spesimen akan diambil pada temu janji seterusnya.

"Sampel spesimen belum diambil lagi setakat ini. Jadi, Insya-Allah, prosedur itu akan dilakukan pada temu janji akan datang.

"Kalau mengenai andaian jangkitan TB sebelum ini, memang ia negatif. Cumanya, pihak hospital masih mengenal pasti sama ada ia adalah sel kanser yang sudah mula aktif. Itu akan diperiksa nanti.

"Insya-Allah, saya perlu buat temu janji semula dengan pihak hospital untuk membuat pemeriksaan susulan berkaitan jangkitan kuman dalam paru-paru saya," jelas penyanyi lagu' Laguku Untukmu'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: